Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 11 malam ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca itu dijangka melanda negeri Kelantan iaitu di daerah Jeli dan Kuala Krai.
Manakala, di Pahang pula hanya melibatka daerah Rompin.
Beralih ke Johor, hujan lebat dijangka melanda daerah Segamat dan Mersing.
Di Sabah pula, hanya daerah Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) yang terlibat.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.