Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri Malam Ini

Sofea
amaran hujan lebat
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu akan melanda negeri Kedah iaitu hanya melibatkan daerah Langkawi.

Selain itu, hujan lebat juga dijangka akan berlaku di daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Di Pahang pula, hanya daerah Lipis, Jerantut dan Kuantan yang terlibat.

BACA JUGA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

“Bagi negeri Sarawak, hanya Limbang (Lawas) yang terlibat, manakala di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran),” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department