Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran tersebut melibatkan negeri Perak iaitu di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
Selain itu, ia juga turut membabitkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.
Bagi negeri Terengganu, hanya kawasan Hulu Terengganu dan Dungun yang terlibat.
Manakala di Pahang pula membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.
"Di Negeri Sembilan, hanya daerah Jempol yang terlibat. Sementara itu, di Johor pula di daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya.
Beralih ke Sarawak, amaran membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah, daerah yang terlibat ialah Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya lagi.