Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Amaran Hujan Lebat
Kredit: ImageFX

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini di beberapa negeri.

Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

Selain itu, ia juga turut membabitkan kawasan Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Begitu juga di Pahang iaitu di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Di Selangor pula, amaran melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Gombak.

Bagi negeri Sembilan, hujan lebat diramal melanda kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Manakala di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Kredit: MetMalaysia

Beralih ke Sarawak, daerah Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang dijangka turut terlibat.

Di Sabah pula ialah di Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod).

Amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.