Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berlaku di lima buah negeri sehingga jam 7 malam ini. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dijangka akan berlaku di negeri Kelantan merangkumi kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
Beralih ke negeri Terengganu pula, amaran turut dikeluarkan bagi dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Seterusnya, untuk negeri Johor, amaran dikeluarkan bagi penduduk yang berada di sekitar Mersing dan Kota Tinggi.
Selain itu, bagi negeri Sabah, hujan lebat dijangka akan berlaku di kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
Akhir sekali, amaran turut dikeluarkan bagi penduduk negeri Sarawak yang berada di sekitar Kuching, Serian (Serian), Samarahan dan Betong.

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.