Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Di 5 Negeri

Azizah Najib
amaran hujan 5 negeri
Kredit: ImageFX

Amaran Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Di 5 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan 5 negeri sehingga jam 1 pagi.

Cuaca di negeri Kedah dijangka hujan lebat melibatkan daerah Yan dan Pendang.

Di Terengganu, hanya Dungun dan Kemaman dijangka menerima hujan lebat dan angin kencang malam ini. Manakala di Pahang, MetMalaysia menjangkakan daerah Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.

BACA: KTMB Laksana Bayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Tahun Hadapan

Melihat keadaan di Sarawak, hujan lebat dan ribut petir dijangka landa daerah Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Miri (Telang Usan dan Marudi).

Manakala keadaan cuaca di Sabah menunjukkan hujan lebat bakal melanda daerah Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: Empat Anggota Polis Direman, Disyaki Terlibat Dalam Kecurian Barang Kemas

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu dan elakkan mengunjungi kawasan berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)