Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 5 petang ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, kebanyakan kawasan di negeri Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya dijangka alami cuaca buruk.
"Di Kedah, daerah Bandar Baharu dijangka hujan lebat.
"Manakala di Perak, daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dijangka alami angin kencang dan hujan lebat. Begitu juga daerah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim," maklum jabatan tersebut.
Sementara itu, angin kencang, ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Temerloh bagi negeri Pahang.
Cuaca di Selangor menunjukkan hujan lebat bakal melanda daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling. Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang turut tersenarai sebagai kawasan yang dijangka dilanda hujan lebat.
Terus ke Negeri Sembilan, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.
Keadaan menunjukkan cuaca buruk bakal landa beberapa daerah di Johor. Antara yang diramal hujan lebat termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang, termasuk Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Beralih ke Kepulauan Borneo, hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Limbang (Lawas) petang ini.
Di Sabah, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," jelas MetMalaysia.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar, elak dari berada di lokasi berisiko.