Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beberapa Negeri Catat Paras Air Sungai Tahap Amaran Pagi Ini

paras air sungai pagi ini
Gambar hiasan. Kredit: Bernama

Paras air di beberapa sungai di seluruh negara dilaporkan meningkat dengan sebahagiannya melepasi tahap Amaran, menurut data terkini pada pagi ini.

Menurut maklumat daripada laman Public Info Banjir kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), beberapa sungai di Sarawak, Sabah dan Pahang menunjukkan peningkatan ketara.

Paras Air Sungai di Sarawak, Sabah

Sungai Nanga Lemai B, Sibu mencatat paras 3.79 meter, menghampiri tahap Bahaya sebanyak 3.80 meter setakat 8.30 pagi ini.

Manakala Sungai Benawa, Miri kini melepasi tahap Amaran dengan bacaan 7.05 meter.

Sungai Long Teru, Miri turut melepasi tahap Amaran dengan bacaan 7.68 meter manakala Sungai Nangan Insungai, Limbang menunjukkan bacaan paras air setinggi 10.58 melepasi tahap Amaran.

Sungai Lubok Piasau II di Limbang juga melepasi tahap Amaran dengan bacaan 1.78 meter setakat jam 8.15 pagi tadi.

Di Sabah, Sungai Kinabatangan di Barek Manis, Kinabatangan menunjukkan paras air melebihi paras Amaran dengan bacaan 5.54 sejak 8 pagi.

Paras Air Sungai di Semenanjung

Di Pahang, paras air Empangan Chereh (F2), Kuantan menunjukkan paras air melepasi tahap Amaran dengan bacaan 73.70 sekitar jam 8.15 pagi tadi.

Kredit: Public Info Banjir