Gempa bumi bermagnitud 6.8 dilaporkan menggegar perairan Sabah pada jam 12.57 tengah malam tadi.
Berita tersebut dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu muat naik di laman Facebook.
Gempa yang berpusat di 7.0° Utara dan 116.4° Timur itu berjarak 49 kilometer dari Kudat, Sabah.
“Gegaran dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,” maklum jabatan berkenaan.

Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dijangka berlaku.
Dimaklumkan, MetMalaysia akan terus memantau keadaan tersebut.
Dalam pada itu, orang ramai yang merasai gegaran gempa berkenaan diminta mengisi borang soal selidik di https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9.
Perkongsian orang awam rasai gegaran gempa bumi di Sabah
Susulan kejadian tersebut, ramai mendakwa turut merasai gegaran, dengan perkongsian di media sosial.



Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.8 Gegar Perairan Sabah, Tiada Ancaman Tsunami
“Sangat menguntungkan,” Pelajar Indonesia Puji Budaya Buka Puasa Di Masjid Malaysia
Ikea Dedah Rakyat Negara Ini Paling Suka Tidur Di Dunia
Ramai Guna Pelindung Telinga Bayi Kalis Bunyi, Ini Penjelasan Pakar
Imej Bentuk Kepala Kuda Pernah Dirakam Dari Langit Malaysia







