Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Imej Bentuk Kepala Kuda Pernah Dirakam Dari Langit Malaysia

imej bentuk kepala kuda di angkasa
Kredit: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Di angkasa lepas, pembentukan imej pelik dan unik bukanlah sesuatu yang luar biasa. Awan gas dan debu antara bintang boleh menghasilkan bentuk menyerupai haiwan, wajah atau objek tertentu akibat interaksi cahaya dan bayang.

Fenomena ini berlaku apabila cahaya daripada bintang terang di belakang satu 'awan gelap' diserap atau dihalang.

Hasilnya, terbentuk bayangan yang kelihatan seolah-olah menyerupai objek di Bumi secara kebetulan.

Tahukah anda, beberapa tahun lalu, Observatori Negara Langkawi (ONL) pernah merakam satu imej bentuk kepala kuda di langit malam. Rupa-rupanya, imej ini merupakan salah satu nebula yang kerap terlihat di angkasa.

Kali ini, SK ingin kongsikan bersama pembaca beberapa fakta menarik tentang nebula ini.

Nebula dengan imej berbentuk kepala kuda

Nebula yang dikenali dengan nama Nebula Kepala Kuda atau Bernard 33 ini merupakan awan gas dan debu gelap yang terletak dalam kawasan Buruj Orion. Ia terletak berhampiran bintang Zeta Orionis di Orion's Belt.

Jarak nebula ini sekitar 1,300 hingga 1,375 tahun bahaya dari Bumi.

Terdiri daripada gas molekul hidrogen dan debu antara bintang yang sangat padat, Bernard 33 menghasilkan bayangan berbentuk kepala kuda dengan menyerap cahaya daripada nebula bercahaya di belakangnya.

Menariknya, bentuk tersebut terjadi secara kebetulan dan pertama kali dikesan pada plat fotografi lewat 1800-an.

Struktur lebih terperinci NASA dan ESA imej nebula bentuk kepala kuda

Sebelum ini, teleskop angkasa Hubble milik NASA pernah merakam imej dekat struktur nebula ini. Imej tersebut diterbitkan sempena ulang tahun k-11 Hubble.

Manakala teleskop James Webb pula merakam imej Bernard 33 dalam inframerah paling jelas setakat ini.

Trivia

Nebula Kepala Kuda merupakan kawasan photo-dominated region atau PDR. Sinaran ultraungu daripada bintang muda mempengaruhi kimia gas di sekitarnya.

Cahaya daripada bintang panas berhampiran pula didapati menghakis debu tersebut secara perlahan.

Menurut ahli astronomi, nebula ini mempunyai kira-kira lima juta tahun lagi sebelum terurai sepenuhnya.

Biarpun sukar dilihat dengan menggunakan teleskop kecil, nebula ini menjadi sasaran kegemaran ahli astronomi. Bentuknya yang unik menjadikan Nebula Kepala Kuda antara ikon angkasa paling dikenali hingga hari ini.