Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Ribut Petir Di 3 Negeri, 1 WP

Hannah
Amaran Ribut Petir
Gambar: BERNAMA

Amaran Ribut Petir Di 3 Negeri, 1 WP

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Selangor, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Selangor, daerah yang terlibat adalah Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Di Sarawak, daerah yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Manakala, Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” maklum METMalaysia.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Ibu Kritikal, Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai

Sumber: METMalaysia