Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, 1 WP - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak, selain keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Di Kedah, daerah terlibat adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
"Di Perak pula, daerah terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala, Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.
"Sementara itu, daerah terlibat di Selangor adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, selain Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor," maklum METMalaysia.
Tambah METMalaysia, keadaan sama turut dijangka membadai Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Kapit (Song, Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.