Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berterusan sehingga jam 12 tengah hari ini.
MetMalaysia menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala amaran turut meliputi seluruh Pulau Pinang.
Menurut MetMalaysia, di Perak pula, kawasan yang terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung serta Bagan Datuk.
Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Rompin di Pahang serta daerah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.
Katanya, seluruh Melaka juga dijangka mengalami cuaca buruk, selain beberapa daerah di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Di Sarawak, kawasan yang diramalkan mengalami ribut petir melibatkan Tatau dan Bintulu di Bahagian Bintulu, selain Subis, Miri dan Marudi di Bahagian Miri.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia, selain mengelakkan aktiviti luar sekiranya cuaca bertambah buruk.