Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di Empat Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.
Amaran ini bertujuan memberi peringatan awal kepada penduduk di kawasan yang terlibat supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Menurut METMalaysia dalam satu kenyataan rasmi, lima negeri dijangka bakal dilanda cuaca buruk.
Antara negeri yang terlibat termasuklah Kedah dan Perak, serta keseluruhan negeri Perlis dan Pulau Pinang.
“Bagi Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Manakala, daerah di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Ini 6 Jenama Air Mineral Terbaik Di Malaysia
BACA: Dapat Markah 82% Dalam Exam, Gelagat Umar Minta Mama ‘Bersyukur’ Cuit Hati Ramai
BACA: Ambil Pil Perancang Hampir 2 Tahun, Wanita Tak Sangka Pergi Hospital Rupanya Nak Bersalin
Sumber: METMalaysia