Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di Enam Negeri

PETIR
Kredit: Bernama

Amaran Ribut Petir Di Enam Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Perak membabitkan daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Menurut MetMalaysia, amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor, selain Port Dickson di Negeri Sembilan.

Selain itu, seluruh negeri Melaka turut dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama dalam tempoh berkenaan.

Di Sarawak pula, kawasan yang diramalkan terjejas ialah Selangau di Sibu, Mukah, Kapit serta Bintulu.

Sementara itu, di Sabah, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Pedalaman melibatkan Kuala Penyu dan Beaufort, selain Tawau serta beberapa kawasan di Sandakan termasuk Kinabatangan dan Sandakan.