Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak diramal hujan.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Pendang, Padang Terap, Pokok Sena, Sik dan Baling. Manakala dia Perak pula melibatkan kawasan Kinta, Kampar, Batang Padang, Perak Tengah, Manjung, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Hilir Perak.
"Selain itu, di Kelantan pula melibatkan kawasan Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai. Sementara di Terengganu seperti Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
"Beralih ke Pahang, hanya daerah Cameron Highlands diramal hujan.
"Di Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau dan Sibu)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan