Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan kawasan di negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.
Hujan lebat di kebanyakan negeri
Menerusi amaran itu, kawasan terlibat di Kedah ialah Kuala Muda, Kulim, Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara.
Di Perak, amaran meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim serta Larut, Matang dan Selama.
Sementara itu, kawasan yang dijangka terjejas di Kelantan ialah Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Bachok. Di Terengganu pula, amaran melibatkan Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kemaman dan Kuala Nerus.
MetMalaysia turut menyenaraikan Jerantut, Rompin dan Bentong di Pahang, selain Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Petaling di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala Melaka turut berada dalam senarai amaran berkenaan.
Bagi Johor, amaran meliputi Kluang, Pontian, Kulai, Johor Bahru, Kota Tinggi, Batu Pahat, Tangkak dan Muar.
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching merangkumi Bau dan Kuching; Serian; Sarikei melibatkan Sarikei, Maradong dan Pakan; serta Betong membabitkan Kabong dan Saratok, Sibu dan Selangau di bahagian Sibu, Samarahan, Pantu dan Lingga di bahagian Sri Aman, Daro, Tanjung Manis dan Matu di bahagian Mukah serta Limbang.
Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Sipitang, Tambunan, Keningau, Sook, Membakut, Beaufort, Tenom, Ranau, Papar, Penampang, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Tuaran di bahagian Pantai Barat, selain Kota Marudu di bahagian Kudat serta Telupid di bahagian Sandakan.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
