Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaram ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga jam 4 petang.

Menurut amaran yang dikeluarkan, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Sik dan Baling. Manakala di Perak pula seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Selain itu, Jeli dan Tanah Merah antara daerah yang diramal hujan petang ini di Kelantan. Sementara itu di Terengganu merangkumi daerah Setiu dan Besut.

“Di Pahang, hanya daerah Cameron Highlands diramal hujan.

“Beralih ke Sarawak termasuk Kapit (Kapit dan Belaga), Samarahan, Serian, Betong (Pusa, Kabong dan Saratok), Mukah, Kuching (Kuching dan Bau), Sarikei (Sarikei dan Maradong), Bintulu (Bintulu dan Tatau), Sibu (Sibu dan Selangau), Limbang (Limbang), Miri (Miri dan Marudi).

“Bagi Sabah pula melibatkan Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat (Ranau),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 4 petang.
  • Amaran itu melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti kemas kini rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan