Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Bongsu Khairy Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

Gambar: Bernama / Khairy

KUALA LUMPUR (Bernama) — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meluahkan rasa lega selepas anak bongsunya menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) hari ini (semalam).

Menerusi akaun Twitter rasminya, beliau memaklumkan anaknya Raif selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di @wtcklofficial. Rasa lega beliau dapat perlindungan dari COVID-19. Daftar anak anda untuk #PICKids #LindungDiriLindungSemua,” katanya.

Khairy turut berkongsi dua foto anaknya semasa menerima suntikan vaksin dan di reruai foto Upin dan Ipin.

Berdasarkan data COVIDNOW, sebanyak 135,478 atau 3.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam melalui PICKids yang bermula 3 Feb.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini menyasarkan 70 peratus kanak-kanak yang layak akan mendapat dos pertama dalam tempoh dua bulan pertama ini dan lengkap dua dos dalam tempoh enam bulan menerusi pelaksanaan PICKids.

Sebelum ini, Khairy dalam satu sidang media menyatakan bahawa beliau sendiri telah menempah slot suntikan dos vaksin tersebut untuk anaknya itu.

BACA JUGA: (Video) Vaksin Kanak-kanak: “Semalam Saya Sendiri Telah Membuat Tempahan Untuk Anak Saya” – Khairy

Sumber: BERNAMA