Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Tiada Kategori

Anak Dikejar, Dilambung Ketika Diserang Gajah – Bapa Mangsa

Athirah

Anak Dikejar, Dilambung Ketika Diserang Gajah – Bapa Mangsa

MERSING, 26 Sept (Bernama) — Bapa kepada mangsa yang maut setelah dipijak seekor gajah di Felda Tenggaroh 5, dekat sini hari ini melaporkan bahawa anaknya, Mohamad Syafik Yakob, telah dikejar dan dilambung ketika diserang oleh haiwan liar tersebut pada pagi tadi.

Yakob Md Yusof, 65, berkata bahawa dia diberitahu mengenai kejadian tragis yang menimpa anak bongsunya yang berusia 31 tahun itu ketika berada di rumahnya sekitar pukul 11 pagi.

“Penduduk datang memberitahu bahawa anak saya dipijak gajah, dan saya segera bergegas ke lokasi kejadian. Namun, setibanya di sana, dia tidak sedar tetapi sempat membuka matanya sekejap sebelum menutupnya semula,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Tenggaroh Timur 1, hari ini.

Yakob berkata ketika serangan gajah itu, anaknya bersama dua lagi rakannya, cuba menghalau haiwan liar itu daripada mendekati kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 5 di sini.

Seorang rakannya iaitu Zalini Dahlan, 51, turut cedera pada bahagian kepala, pendarahan dalam perut dan patah tulang pinggul akibat diserang haiwan itu, manakala seorang sempat lari menyelamatkan diri.

“Kehadiran gajah liar ini sudah lama berlaku sejak saya dan isteri, baru berpindah di Felda ini namun haiwan itu tidak pernah mengganggu penduduk setempat meskipun lalu di tepi kediaman mereka.

“Saya reda dengan kejadian yang berlaku dan jenazah Mohamad Syafik akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh Timur 1 selepas selesai proses bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Felda Tenggaroh Timur 1, Alias Atan, berkata isu kehadiran gajah liar di kawasan tersebut sudah lama berlaku, namun kejadian tragis seperti hari ini, yang melibatkan kehilangan nyawa, adalah yang pertama.

“Apabila gajah liar memasuki kawasan kampung, kami sering mengingatkan penduduk agar tidak mengganggu haiwan tersebut kerana bimbang akan tindak balasnya. Sebenarnya, gajah liar sering berkeliaran di sini, dan ini hanyalah seekor daripada banyak lagi yang berada di kawasan ini,” katanya.

Alias berharap agar agensi berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini seumpama itu berulang lagi.

Terdahulu, media melaporkan seorang pekerja pembersihan kontrak maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dipijak gajah di kawasan hutan kecil berhampiran SK Tenggaroh 5 hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing DSP Sharif Shai Sharif Mondoi berkata hanya seekor anak gajah dipercayai terlibat dalam serangan itu, dan haiwan tersebut disyaki terpisah daripada kumpulannya.

BACA: Ini ‘Bahaya’ Menanti Bila Selalu Tunggu Tangki Minyak Kosong Baru Nak Isi

Sumber: Bernama