Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Rayu Bantuan Ramai, Kesan Bapa Hilang Sejak Semalam

Athirah
anak rayu bantuan ramai
Kredit: Sinar Harian

Anak Rayu Bantuan Ramai, Kesan Bapa Hilang Sejak Semalam

Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Bukit Katil, Melaka sejak Isnin, lapor Sinar Harian.

Menurut anaknya yang dikenali sebagai Farah memaklumkan bapanya Suriatuddin Maliki yang berusia 68 tahun, dilihat keluar rumah sebelum Subuh.

Ujarnya, kelibat Suriatuddin sempat dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) jirannya kira-kira jam 5.50 pagi.

Tambah Farah, kebiasaannya bapanya yang merupakan pesara kerajaan akan keluar rumah selepas Solat Subuh untuk berjoging dan akan pulang semula 30 minit selepas itu.

“Sepatutnya, pagi Isnin ayah ada janji temu doktor untuk ambil ubat sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

“Namun dipercayai tidak berbuat demikian, itu yang menyebabkan sehingga sekarang kami sekeluarga risau akan keadaan ayah,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

BACA: Tiga Keluarga Terperangkap, Air Banjir Naik Paras Pinggang Di Sik

Jelasnya, kali terakhir kelibat bapanya dilihat adalah melalui rakaman CCTV 7-Eleven di Ayer Molek kira-kira jam 8 hingga 8.20 pagi semalam.

Difahamkan, Suriatuddin dilihat memakai baju T berwarna biru, seluar hitam dan membawa beg silang berwarna hitam.

Ujar Farah, hasil semakan lanjut dengan orang ramai di sekitar mendapati, bapanya telah meminta bantuan peniaga berhampiran untuk menempah perkhidmatan e-hailing.

Menurut Sinar Harian, Suriatuddin meminta bantuan tersebut untuk pergi ke Melaka Sentral kerana mahu ke Kluang, Johor.

“Sebenarnya sudah 10 tahun kami tidak pulang ke kampung di Kluang selepas datuk meninggal dunia malah tiada lagi saudara mara kami pulang ke sana.

“Jadi kami pelik ayah pulang ke sana dan sehingga sekarang masih tidak dapat mengesannya.

“Kami bimbang akan keselamatannya lebih-lebih lagi ayah pernah diserang strok menyebabkan pertuturannya sukar difahami selain kadang kala mempunyai masalah ingatan dan pendengaran,” katanya lagi.

BACA: Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Laporan polis mengenai kehilangan bapanya itu telah dilakukan di Balai Polis Tiang Dua pada Isnin.

Farah merupakan anak bongsu dari dua beradik menjelaskan, bapanya ada membawa sedikit wang tunai, kad ATM dan telefon bimbit, namun tidak mempunyai sim kad.

Perkara itu menyebabkan pihak polis tidak dapat mengesan kedudukan Suriatuddin.

“Kami merayu tolong bantu kami kalau ada yang jumpa ayah supaya hubungi balai polis terdekat atau saya di nombor 017-8870104 atau kakak, 017-3795024,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit telah mengesahkan ada menerima laporan Orang Hilang (OH) ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian