Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggota Polis Baru Setahun Berkhidmat Maut, Disyaki Dianiaya Senior

Sofea
anggota polis maut
Gambar: Berita Satu

Anggota Polis Baru Setahun Berkhidmat Maut, Disyaki Dianiaya Senior

Indonesia -- Seorang anggota Polis Republik Indonesia berpangkat Brigadir Polisi Dua (Bripda) dilaporkan meninggal dunia selepas disyaki dianiaya oleh seniornya di dalam Asrama Polis di kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Sulawesi Selatan (Polda Sulsel), Jalan Perintis Kemerdekaan, di sini.

Memetik laporan Metro TV, mangsa dikenali sebagai Bripda Dirja Pratama, 19, seorang pegawai polis muda berasal dari Kabupaten Pinrang yang baru kira-kira setahun berkhidmat.

Ketua Bidang Profesional dan Pengamanan Polda Sulsel, Kombes Pol Zulham Effendi berkata pihaknya masih menyiasat punca kematian mangsa, termasuk kemungkinan wujud unsur kekerasan.

“Setakat ini, kita belum dapat memastikan sama ada kejadian itu mempunyai unsur kekerasaan atau tidak. Yang pasti, enam individu telah dipanggil untuk membantu siasatan, termasuk rakan seangkatan dan senior mangsa. Jumlah itu berkemungkinan bertambah,” katanya kepada media di Makassar, seperti dilaporkan Antara.

Menurut Zulham, kejadian itu terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada Direktorat Samapta Polda Sulsel berhubung aduan kesihatan mangsa selepas menunaikan solat Subuh, usai bersahur.

Laporan awal memaklumkan mangsa jatuh sakit ketika berada di asrama sebelum dibawa ke Hospital RSUD Daya untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Dari keluar dari mulut

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Pihak keluarga pada awalnya dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat sakit, namun mula mengesyaki terdapat kejanggalan selepas melihat kesan lebam pada tubuh mangsa serta pendarahan pada mulut.

Difahamkan, sebelum dibawa ke hospital, mangsa sempat mengeluarkan darah dari mulut.

Susulan keraguan terhadap punca kematian, keluarga mangsa membawa jenazah ke Hospital Bhayangkara Polda Sulsel untuk menjalani pemeriksaan perubatan bagi memastikan sama ada terdapat unsur kekerasan.

Kredit: Antara News

“Bagi membuktikan sama ada wujud unsur kekerasan, jenazah dibawa ke Hospital Bhayangkara. Saya telah meminta agar pemeriksaan dijalankan secara telus dan menyeluruh, tanpa menutup sebarang perkara,” kata Zulham.

Beliau berkata jenazah akan menjalani pemeriksaan luaran dan dalaman, serta bedah siasat sekiranya mendapat keizinan keluarga, bagi menentukan punca sebenar kematian.

“Kami memberi jaminan bahawa kes ini akan dikendalikan secara profesional mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Zulham turut menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya siasatan mendapati berlaku sebarang kekerasan.