Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
anggota polis di perlis
Kredit: Bernama

Anggota Polis Di Perlis Dituduh Bunuh Isteri Pada Mac 2023, Meninggal Dunia

Azizah Najib

Anggota Polis Di Perlis Dituduh Bunuh Isteri Pada Mac 2023, Meninggal Dunia

KANGAR, 27 Mei (Bernama) — Seorang anggota polis di Perlis yang dituduh membunuh isterinya pada Mac 2023 disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini petang semalam, selepas didapati tidak sedarkan diri semasa berada di Pusat Koreksional Perlis (Jabatan Penjara Malaysia), Guar Nangka di Arau.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihak hospital, mengesahkan menerima lelaki berusia 28 tahun berasal dari Terengganu itu dalam keadaan Brought In Dead (BID) pada 5.10 petang.

Beliau berkata berkata warden bertugas yang meronda sel tahanan di pusat koreksional itu, menyedari lelaki itu tidak sedarkan diri selepas mendapati dia tidak bergerak ketika warden itu cuba menggerakkannya yang disangka sedang tidur pada 4.30 petang, sebelum dibawa ke HTF dengan kadar segera.

“Siasatan awal pegawai penyiasat (IO) kes mendapati tidak menemukan sebarang unsur jenayah terhadap lelaki tersebut yang boleh menjurus ke arah punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Anggota Polis Johor Meninggal Dunia Akibat Barah Otak

Ahmad Mohsin berkata mayat lelaki itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar di Kedah bagi proses bedah siasat yang dijalankan hari ini.

Beliau berkata setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), sehingga keputusan penuh hasil bedah siasat diperoleh.

Ahmad Mohsin berkata anggota polis yang turut mempunyai rekod psikiatri yang telah dirujuk di beberapa hospital sejak 2017 itu, ditahan reman bagi kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di pusat koreksional berkenaan sejak 17 Mac 2023.

Untuk rekod, pada 5 Mac 2023, media melaporkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal didakwa menembak mati isterinya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dekat Kangar.

Kemudian pada 17 Mac 2023, Mahkamah Majistret Kangar mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di hospital psikiatri, selepas mahkamah membenarkan permohonann Pengarah Pendakwaan Perlis Mohd Nordin Ismail supaya tertuduh menjalani pemeriksaan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Sumber: BERNAMA