Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Angka Kematian Runtuhan Bangunan Sekolah Pondok Indonesia Meningkat Kepada 37

sekolah pondok indonesia
Kredit: AFP

Angka Kematian Runtuhan Bangunan Sekolah Pondok Indonesia Meningkat Kepada 37

JAKARTA, 5 Okt (Bernama-Xinhua) — Angka korban akibat runtuhan bangunan sekolah pondok di wilayah Jawa Timur, Indonesia meningkat kepada 37 orang, lapor Xinhua pada Ahad memetik pihak berkuasa penyelamat wilayah berkenaan.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jawa Timur, Nanang Sigit, dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu berkata kerja-kerja penggalian menghadapi kesukaran kerana mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Kira-kira 25 lagi dilaporkan masih hilang dan angka korban dijangka terus meningkat.

Sebahagian bangunan bertingkat Pondok Pesantren Al Khoziny di daerah Sidoarjo runtuh pada Isnin ketika kerja pengubahsuaian dilakukan tanpa kebenaran, menyebabkan puluhan pelajar terperangkap.

Pasukan penyelamat mengerahkan jentera berat pada Khamis selepas tiada lagi tanda-tanda kehidupan dikesan. Sebelum itu, mereka menjalankan kerja penggalian secara manual kerana bimbang penggunaan jentera berat boleh menyebabkan runtuhan tambahan.

BACA: Lelaki Kongsi Suasana Di Pantai Gaza, Menanti GSF Dengan Penuh Harapan
BACA: Seram, Pempengaruh Terkejut Dengar Suara Misteri Di Siaran Radio Popular
BACA: Bermula Di Nepal, Gelombang Protes Gen Z Kini Merebak Ke Seluruh Dunia

Sumber: Bernama