Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Angka Korban Nahas Kereta Api Di Bekasi Meningkat Kepada 15 Orang
Jumlah mangsa yang terkorban akibat perlanggaran kereta api di Stesen Bekasi Timur, Jawa barat dilaporkan terus meningkat.
Data terkini menunjukkan jumlah mangsa yang meninggal dunia telah mencecah seramai 15 orang, manakala mangsa yang cedera direkodkan seramai 88 orang, lapor CNN Indonesia.
Menteri Koordinator Bidang Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah, Agus Harimurti Yudhoyono telah mengesahkan peningkatan angka korban tersebut.
"88 mangsa yang cedera telah menerima rawatan perubatan di pusat kesihatan yang lain," ujarnya lagi.
Kesemua mangsa yang cedera juga telah menerima rawatan di beberapa hospital, antaranya Hospital Daerah Bekasi, Hospital Bella Bekasi, Hospital Primaya, Hospital Mitra Plumbon Cibitung, Hospital Bakti Kartini, Hospital Siloam Bekasi Timur, Hospital Hermina serta Hospital Mitra Keluarga Bekasi Timur dan Barat.

Beliau juga berkata, kesemua kos rawatan bagi mangsa yang cedera dan kos pengebumian mangsa yang meninggal dunia akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans dan syarikat.
Terdahulu, satu kemalangan kereta api telah dilaporkan berlaku di Stesen Bekasi Timur pada Isnin.
Berdasarkan kronologi awal, insiden bermula apabila sebuah tren komuter yang berhenti di landasan 1 menuju ke Cikarang dilanggar dari belakang oleh tren jarak jauh yang tiba di landasan sama.

Perlanggaran kuat itu menyebabkan gerabak khas wanita yang berada di bahagian belakang mengalami kerosakan teruk.
Kementerian Pengangkutan, Dudy Purwagandhi juga telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan untuk menangani masalah ini dari berulang.
"Bagi punca kejadian, kami menyerahkannya kepada Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) supaya dapat disiasat dengan lebih mendalam," ujarnya.