Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anjing Jalanan Miliki Bulu Seberat Hampir 3Kg Ditemui Di Bandar Kansas

MISSOURI- Seekor anjing jalanan baru-baru ini dijumpai di Bandar Kansas berubah selepas dicukur.

Menurut KCRA.com, penampilannya bukan sahaja berubah. Namun selepas dicukur, anjing tersebut dapat melihat dengan lebih baik.

Tori Fugate, Ketua Pegawau Komunikasi bagi Projek KC Pet yang menjumpai anjing tersebut yang bernama Shih Tzu ketika berusia 11 tahun.

“Saya berhenti ketika kali pertama meihatnya untuk mengetahui haiwan apakah didepan mata saya ini,” kata Fugate.

Keadaan anjing tersebut sebelum dan sesudah dicukur

Kakitangan doktor haiwan terpaksa menenangkan anjing tersebut selama dua jam bagi mencukur bulunya yang lebih empat pounds (hampir 3 kilogram).

“Saya lega melihat bulunya telah dicukur. Dia kini sedang belajar berjalan semula,” kata Fugate lagi.

Menurut Pegawai Perlindungan Haiwan, mereka tidak pasti sama ada anjing tersebut ditinggalkan atau lari dari rumah.

Kini nama Shih Tzu ditukar kepada Simon dan anjing tersebut menjadi viral di media sosial serta orang ramai yang mahu mengadoptasinya.

Sumber: KCRA.com