Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ann Pow Jadi Wanita Malaysia Pertama Tamatkan Ultraman Australia 2026

Nur Farra

Bila sebut tentang perlumbaan ekstrem, ramai mungkin terus fikir tentang maraton atau Ironman. Tapi untuk atlet endurance Malaysia, Ann Pow baru sahaja membawa dirinya ke satu tahap yang jauh lebih mencabar.

Duta New Balance itu kini secara rasmi menjadi wanita Malaysia pertama berjaya menamatkan Ultraman Australia 2026, acara ultra-endurance triathlon sejauh 515km yang dianggap antara perlumbaan paling sukar di dunia.

Acara yang berlangsung di Noosa, Sunshine Coast, Queensland itu berlangsung selama tiga hari berturut-turut dan menggabungkan renangan air terbuka, kayuhan basikal jarak jauh serta larian ultra-maraton.

Untuk gambaran lebih jelas, peserta perlu menempuh:

  • 10km renangan air terbuka

  • 421.1km kayuhan basikal

  • 84.3km larian (bersamaan dua maraton)

Keseluruhannya? 515km.

Dan Ann berjaya menghabiskannya dengan catatan masa rasmi 30 jam 43 minit 24 saat.

Sepanjang perlumbaan tiga hari itu, Ann berdepan keletihan fizikal melampau serta tekanan mental yang berpanjangan, sesuatu yang memerlukan fokus, disiplin dan kesabaran luar biasa.

Namun bagi Ann, semuanya kembali kepada satu persoalan mudah:

“I just want to see how far I can go before I tell myself to stop.”

Walaupun baru sahaja menamatkan Ultraman Australia 2026, Ann nampaknya belum mahu berhenti di sini. Selepas memberi fokus kepada pemulihan dan kesihatan, dia merancang untuk terus menyertai lebih banyak acara ultra-endurance bertaraf dunia sambil membawa nama Malaysia ke pentas global.

Pencapaian ini bukan sahaja menjadi detik besar buat dirinya, tetapi juga satu milestone penting untuk dunia endurance sport Malaysia.