Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2026: Tan Sri Ayob Khan Dinobatkan Tokoh Wira Negara

ayob khan
Kredit: Anwar Ibrahim

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dinobatkan sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1448H/2026 bagi kategori Wira Negara.

Menerusi hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), itu bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam membanteras ancaman keganasan serta jenayah terancang.

Tan Sri Ayob Khan Tokoh Wira Negara

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pengiktirafan tersebut bukan sahaja buat dirinya tetapi juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan.

“Saya tidak menyangka akan menerima pengiktirafan ini kerana saya dimaklumkan mengenai perkara ini dalam dua atau tiga hari lepas.

“Ini satu pengiktirafan kepada PDRM dalam konteks pengorbanan. Secara jujur, saya tiada pengalaman bertempur (berperang) dengan komunis dan pengganas kerana tugasan tertumpu tangkapan sahaja. Jadi ini pengiktirafan buat saya dan pasukan PDRM,” katanya.

Sementara itu, Maulana Abdul Hamid Chin dipilih sebagai Tokoh Agamawan atas sumbangan beliau hampir tiga dekad dalam pendidikan dan pengajian hadis bersanad.

Maulana Abdul Hamid juga merupakan Syeikhul Hadis Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling serta penghafaz al-Quran.

“Pengiktirafan ini juga buat pengajian agama, pondok dan tahfiz kerana sebelum ini masyarakat memandang pengajian ini sebagai pilihan kedua.

“Justeru, dengan pengiktirafan ini menunjukkan komitmen kerajaan dan agensi berkaitan terhadap bidang ini,” ujarnya.

Intipati
  • Tan Sri Ayob Khan menerima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2026 kategori Wira Negara.
  • JAKIM memaklumkan pengiktirafan itu menghargai sumbangan beliau membanteras keganasan dan jenayah terancang.
  • Maulana Abdul Hamid Chin dipilih Tokoh Agamawan atas sumbangan dalam pendidikan hadis bersanad.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan