Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anwar Gesa Felda Segera Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua, Pemilikan Tanah

Anwar Gesa Felda
Kredit: Bernama

Anwar Gesa Felda Segera Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua, Pemilikan Tanah

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melipatgandakan usaha menyelesaikan isu yang sekian lama membelenggu warga peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata isu berkenaan tidak boleh terus dibiarkan berlarutan dan mahukan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga FELDA.

"Setiap permasalahan perlu diteliti secara cermat dan disusuli pelan penyelesaian yang jelas," kata beliau.

Anwar berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh FELDA serta memastikan setiap ikhtiar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada para peneroka dan keluarga mereka.


Sumber:BERNAMA