Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anwar Ibrahim Minta Semua Bertenang, Ucap Terima Kasih Atas Khidmat Muhyiddin Yassin Sebagai PM

Edayu

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya mengatakan bahawa keputusan Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk meletakkan jawatan hari ini disambut baik serta akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.

Kenyataan ini dikongsikan menerusi laman Twitter rasminya sebentar tadi.

Tambahnya lagi, beliau menggesa untuk semua pihak bertenang dan mendoakan supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini.

Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih tanda penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmatnya untuk negara. Hari ini senario politik negara kembali bergoncang selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersembahkan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong dan dilantik sebagai Perdana Menteri ‘Caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Sumber: Twitter DS Anwar Ibrahim