Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
anwar tanjung rhu
Kredit: Bernama

Anwar Jamin Siasatan Rapi, Telus Tentang Insiden Tembakan Di Tanjung Rhu

Azizah Najib

Anwar Jamin Siasatan Rapi, Telus Tentang Insiden Tembakan Di Tanjung Rhu

IPOH, 31 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan kerajaan akan menjalankan siasatan yang rapi dan telus mengenai insiden tembakan membabitkan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Selangor pada 24 Jan.

Beliau juga meminta semua pihak tidak sewenang-wenangnya menjadi hakim berkenaan insiden tersebut, di samping menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak melakukan sebarang tindak balas ekoran demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta.

BACA: Polis Sahkan Seorang Cedera Selepas Pelampung Gelongsor Air Terjatuh

“Saya ikuti kenyataan Presiden (Indonesia) Prabowo Subianto yang tentunya prihatin, tetapi (beliau) minta supaya ada siasatan yang rapi. Indonesia adalah negara sahabat, jadi saya bagi jaminan siasatan kita akan cukup rapi, cukup telus dan tidak untuk melindungi sesiapa.

“Dan pagi tadi saya telah minta supaya laporan siasatan awal disampaikan ke Kedutaan Indonesia. Ini hanya berlaku kerana negara ini sahabat baik dan siasatan ini biar lengkap sepenuhnya, akan dibuat, diteliti oleh rakan-rakan kita di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Teh Rakyat Bersama YAB Perdana Menteri Sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa, Kanthan Baru di sini hari ini.

Anwar berkata beliau tidak mahu insiden sedemikian mengganggu hubungan baik antara kedua-dua negara, namun harus akur dengan undang-undang negara masing-masing.

“Jadi oleh yang demikian, yang saya harap kedua-dua pihak sepertimana suara Presiden Indonesia dan saya ikut jalur hukum, jangan ikut umpamanya kemarahan melulu kerana akan menjejaskan hubungan baik di antara (negara).

“Saya tidak mahu melindungi sesiapa kalau tidak ikut aturan dan hukum. Saya telah berbincang sendiri dengan Ketua Polis Negara, sampaikan juga kepada Menteri Dalam Negeri supaya hal ini diteliti, supaya hubungan kita dengan Indonesia kekal baik,” katanya.

BACA: Kes Tembak Di Morib: Polis Kesan Dua Lelaki Indonesia Hantar PATI Cedera Ke Hospital

Perdana Menteri berkata beliau mengambil kesempatan pada program hari ini untuk memberi penjelasan kepada pihak media, supaya insiden itu tidak disalah lapor.

“Ada sedikit sebanyak keterlanjuran kedutaan kita di Jakarta itu diganggu dan dicat dengan telur dan sebagainya dan saya tahu ini ada kumpulan kecil, tetapi saya harap di Malaysia jangan ada tindak balas.

“Biar kita ikut hukum dan kita faham kadang-kadang kemarahan berdasarkan laporan-laporan yang tidak bertanggungjawab yang menghangatkan suasana menghukum sebelum ada fakta, menghukum sebelum selesai siasatan. Jadi sebaiknya kita tunggu (laporan siasatan),” kata Anwar.

Sumber: Bernama