Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anwar Tiba Di SICC Pengerusikan Mesyuarat MTPMA63

Anwar MTPMA63
Kredit: Bernama

KOTA KINABALU, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 8.16 pagi bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026.

Anwar tiba bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dengan menaiki kenderaan yang sama sebelum memasuki pusat konvensyen berkenaan.

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Mesyuarat berkenaan dijadualkan bermula pada 8.30 pagi dengan Sabah menjadi tuan rumah bagi pertemuan itu.

Mesyuarat MTPMA63 adalah antara platform penting bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya yang melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak.

Anwar berada di Sabah bagi lawatan dua hari bermula semalam dengan beberapa program rasmi dijadualkan sepanjang lawatan beliau ke negeri ini.

Intipati
  • Anwar Ibrahim tiba di SICC pada 8.16 pagi untuk mempengerusikan Mesyuarat MTPMA63.
  • Beliau tiba bersama Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor sebelum memasuki pusat konvensyen berkenaan.
  • Mesyuarat membincangkan pelaksanaan MA63, khususnya kepentingan berkaitan Sabah dan Sarawak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan