Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Apa Itu HDL-C, LDL-C, Triglyceride? Dr Kongsi Cara Mudah Baca 'Kertas' Kolesterol

Cara Mudah Baca 'Kertas' Kolesterol
Kredit: Rumah Sakit Lira Medika
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Apa Itu HDL-C, LDL-C, Triglyceride? Dr Kongsi Cara Mudah Baca 'Kertas' Kolesterol

Kolesterol sebenarnya bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti sepenuhnya. Ia merupakan sejenis lemak yang secara semula jadi terdapat dalam badan manusia yang penting untuk membantu pembentukan sel dan hormon.

Namun begitu, apabila paras kolesterol terlalu tinggi, ia boleh mengganggu aliran darah atau lebih teruk saluran darah tersumbat.

Lama-kelamaan pelbagai penyakit mula datang. Oleh itu, penting untuk setiap individu untuk melakukan pemeriksaan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan semasa.

Bagi yang belum pernah buat blood test di klinik atau lab mana-mana, tentunya confuse macam mana nak baca dan faham maksud kolestrol?

Jangan risau jom kita fahamkan sama-sama menerusi perkongsian doktor di bawah.

Cara Mudah Faham Keputusan Kolesterol

Gambar: Threads @haziq_asyraf

Bayangkan saluran darah = lebuh raya.

Kolesterol dan lemak adalah “kenderaan” yang bergerak dalam lebuh raya tersebut.

Total Cholesterol (TC)

Jumlah keseluruhan semua jenis kolesterol dalam darah.

Ia ibarat:

Jumlah semua kenderaan di atas lebuh raya

Termasuk:

* LDL (kolesterol jahat) * HDL (kolesterol baik) * Sebahagian daripada trigliserida

LDL-C (Low Density Lipoprotein)

Biasa kita kenal sebagai “Kolesterol Jahat”

LDL boleh melekat pada dinding salur darah dan membentuk plak.

Analogi:

Lori pasir yang menjatuhkan pasir atas jalan

Semakin banyak lori ini:

* semakin sempit jalan * semakin mudah berlaku kesesakan * akhirnya boleh tersumbat terus

Jika salur darah jantung tersumbat: Serangan jantung

Jika salur darah otak tersumbat: Strok

Yang paling penting:

LDL adalah target utama rawatan.

HDL-C (High Density Lipoprotein)

Orang ramai panggil sebagai “Kolesterol Baik”

HDL berfungsi mengutip lebihan kolesterol dari salur darah dan membawa balik ke hati untuk diproses.

Analogi:

Trak pembersih lebuh raya

Kerjanya:

* kutip pasir yang tertumpah * bersihkan jalan * kurangkan kesesakan

Triglyceride (TG)

Senang faham - “Lemak Simpanan”

Ini bukan kolesterol.

Trigliserida ialah lebihan kalori yang disimpan sebagai lemak.

Analogi:

Tangki simpanan minyak

Bila kita:

* makan manis berlebihan * minum air bergula * makan terlalu banyak karbohidrat * kurang bersenam

Tangki ini semakin penuh. 

Jadi lepas ni, jangan tengok “Total Cholesterol” sahaja. Semak juga LDL, HDL dan triglyceride anda.