Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Apa Maksud Tarikh Luput Pada MySejahtera Selepas Ambil Vaksin? Mungkin Ada Yang Tertanya-tanya, Ini Jawapan Sebenarnya

Gambar: Bernama

Vaksin adalah salah satu langkah untuk membendung wabak pandemik COVID-19 daripada terus berleluasa.

Disebabkan itu, pihak kerajaan telah menjalankan kempen vaksinasi untuk seluruh rakyat Malaysia bagi membendung wabak ini.

Pasti ramai yang menyedari bahawa terdapat tarikh luput yang tertera pada aplikasi MySejahtera sesudah mereka divaksinasi.

Namun tahukah anda apa sebenarnya maksud tarikh luput tersebut.

Menurut satu ciapan daripada akaun Twitter rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV), tarikh luput tersebut bermaksud jangka hayat yang disyorkan khusus untuk kumpulan vaksin yang diberikan kepada anda.

Tambahannya lagi, tarikh luput tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan dos kedua vaksinasi anda.

Sumber: JKJAV