Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
aplikasi makan bateri
Gambar: AI/ImageFX

Aplikasi Web Yang ‘Makan’ Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Hannah

Aplikasi Web Yang ‘Makan’ Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Zaman sekarang, telefon pintar sama ada Android bajet atau model terkini yang mahal, biasanya baterinya boleh tahan sepanjang hari. Tapi kadang-kadang, bateri tiba-tiba cepat habis.

Ramai orang fikir bateri dah rosak, tapi sebenarnya bukan itu saja puncanya. Salah satu sebab utama ialah aplikasi web yang anda buka dalam pelayar internet seperti Chrome atau Safari.

Berikut adalah beberapa aplikasi web popular yang mungkin jadi punca bateri anda cepat habis:

TikTok

TikTok memang menarik. Video pendek, boleh skrol tanpa henti. Tapi sebab inilah ia guna banyak tenaga.

Setiap kali anda skrol, skrin terus menyala dan telefon terus memuatkan video baharu. Tambahan pula, video dimainkan secara automatik dalam kualiti tinggi dan berulang-ulang.

Jika anda biarkan TikTok terbuka walaupun tak tengok, ia tetap guna bateri.

Jadi, jangan lupa tutup tab atau aplikasi bila anda dah habis guna. Jangan biarkan ia terus ‘berjalan’ tanpa sebab.

Facebook

Facebook juga boleh guna banyak bateri walaupun anda tak guna. Ini kerana ia sentiasa berjalan di latar belakang untuk memuatkan notifikasi dan kandungan baharu.

Cara mudah untuk jimat bateri ialah tutup tab Facebook selepas guna, atau hadkan aktiviti aplikasi melalui tetapan telefon.

Anda juga boleh matikan notifikasi untuk elak penggunaan tenaga yang tak perlu.

YouTube

YouTube sangat popular untuk tengok video. Tapi jika anda tonton dalam masa yang lama, terutamanya dalam kualiti tinggi (HD atau 4K), bateri memang cepat susut.

Ini kerana skrin sentiasa menyala dan telefon bekerja keras untuk mainkan video.

Jika anda terlupa tutup YouTube atau biarkan ‘autoplay’ aktif, video akan terus main tanpa henti.

Jadi, kurangkan kualiti video, tutup autoplay dan pastikan anda tutup tab selepas selesai menonton.

Prime Video & Netflix

Walaupun Netflix dan Prime Video tidak hantar notifikasi atau muat semula kandungan secara kerap, ia masih guna banyak bateri jika anda menonton lama-lama, terutamanya jika guna data mudah alih.

Untuk jimat bateri:

  • Turunkan kualiti video

  • Kurangkan kecerahan skrin

  • Muat turun video siap-siap untuk ditonton secara ‘offline’

Spotify

Ramai suka dengar lagu semasa bekerja, belajar atau memandu. Tapi jika anda lupa tutup Spotify, ia boleh jalan berjam-jam tanpa henti. Jika guna data mudah alih, bateri akan lebih cepat habis.

Tip jimat bateri:

  • Guna fungsi ‘timer’ supaya lagu berhenti secara automatik

  • Muat turun lagu jika anda pelanggan Premium

  • Tutup Spotify bila tak guna

Discord

Discord popular dalam kalangan pemain permainan video (gamers). Ia benarkan anda bersembang melalui teks, suara dan video.

Tapi untuk kekal sambung ke pelayan, telefon anda akan terus aktif, walaupun anda tak guna pun masa tu.

Jadi, bila dah habis sembang, jangan lupa tutup tab atau aplikasi. Ini boleh bantu kurangkan penggunaan bateri.

Peringatan

Bateri telefon cepat habis bukan semata-mata sebab rosak. Kadang-kadang, aplikasi web yang dibuka dalam pelayar itulah puncanya.

Walaupun nampak kecil, jika dibiarkan terbuka lama-lama, ia tetap guna tenaga. Cara mudah untuk elak masalah ini:

  • Tutup tab selepas guna

  • Kurangkan kualiti video dan kecerahan skrin

  • Muat turun kandungan untuk guna secara ‘offline’

  • Hadkan penggunaan aplikasi di latar belakang

BACA: Rupanya Ini Fungsi Butang Pada Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu

BACA: MyKad Rosak? Ini Syarat, Dokumen & Cara Buat Permohonan Gantian Secara “Online”

BACA: SARA MyKad RM100: Cara Guna, Lokasi Pembelian & Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli

Sumber: Android Police