Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aplikasi Whatsapp Tidak Lagi Menyokong Sistem Operasi Android Dan iPhone Ini Bermula 1 November 2021

Pengguna telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Apple, iOS 9 serta Android 4.0.4 ke bawah kana menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi mesej popular berkenaan.

Aplikasi Whatsapp dikatakan akan menghentikan sokongan kepada peranti yang menggunakan sistem operasi itu bermula pada 1 November 2021 ini. Pengguna peranti tersebut tidak dapat mengakses sebaik versi baharu itu dilancarkan.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Whatsapp berkata, aplikasi tersebut tidak akan lagi menyokong telefon Android 4.0.4 yang sudah lama beroperasi sebagai Android Ice Cream Sandwich sejak 2011 lagi.

Sementara itu, bagi iOS 9 yang dilancarkan oleh Apple sejak tahun 2015 telah memasuki tahun keenam pada tahun ini.

Tambah pihak Whatsapp lagi, pengguna bukan sahaja tidak dapat menikmati fungsi aplikasi ini menerusi telefon bahkan tidak dapat menyambung ke Whatsaap Web.

Berikut adalah senarai peranti Android dan iOS yang tidak dapat akses aplikasi Whatsapp seperti sedia kala.

Samsung:

  • Galaxy Trend Lite

  • Trend Galaxy II

  • Galaxy SII

  • Galaxy S3 mini

  • Galaxy Xcover 2

  • Teras Galaxy

  • Galaxy Ace 2

LG:

  • Optimus F7

  • Optimus F5

  • Optimus L3 II Dual

  • Optimus F5

  • Optimus L5

  • Optimus L5 II

  • Optimus L5 Dual

  • Optimus L3 II

  • Optimus L7 ‘

  • Optimus L7 II Dual Optimus L7 II

  • Optimus F6

  • Optimus L4 II Dual

  • Optimus F3 Optimus L4 II

  • Optimus L2 II

  • Optimus Nitro HD dan 4X HD

  • Optimus F3Q.

Sony:

  • Xperia Miro

  • Sony Xperia Neo L

  • Xperia Arc S

ZTE:

  • Grand S Flex

  • ZTE V956

  • Grand X Quad V987

  • Grand Memo

Huawei:

  • Ascend G740

  • Ascend Mate

  • Ascend D Quad XL

  • Ascend D1 Quad XL

  • Ascend P1 S

  • Ascend D2

Alcatel:

  • One Touch Evo 7

Others:

  • Archos 53 Platinum

  • HTC Desire 500

  • Caterpillar Cat B15

  • Wiko Cink Five

  • Wiko Darknight

  • Lenovo A820

  • UMi X2

  • Faea F1

  • THL W8

iPhone :

  • Apple iPhone SE

  • Apple iPhone 6S

  • Apple iPhone 6S Plus

Untuk meneruskan penggunaan aplikasi ini, pihak Whatsapp menasihati pengguna agar menukar peranti baharu yang dapat memenuhi semua syarat aplikasi terbaharu Whatsapp.

Sumber: CTPost, Kompas