Argentina bakal menjadi negara Amerika Latin utama yang pertama membenarkan pengguguran dari segi undang-undang.
Presiden Argentina, Alberto Fernández dilaporkan bakal menghantar bil pengguguran ke kongres dalam tempoh 10 hari.
“Negara perlu melindungi rakyatnya secara umum dan wanita secara khusus. Masyarakat abad ke-21 patut menghormati pilihan individu untuk bebas menentukan tentang tubuh badan mereka,” katanya.
Pengguguran dilarang di kebanyakan negara Amerika Latin berikutan kebanyakan penduduk di sana beragama Katolik.
Jika bil tersebut diluluskan, negara Argentina dengan populasi seramai 45 juta orang akan menjadi negara Amerika Latin utama yang pertama membenarkan amalan itu.
Bil pengguguran sebelum itu ditolak pada Ogos 2018 berikutan bangkangan kuat dari pihak gereja.
Sumber: The Guardian