Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2024 – Acara Off The Grid (OTG) yang julung kali diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) telah berlangsung dari 23 – 25 Februari 2024. Acara yang berlangsung selama 3 hari yang didedikasikan untuk penggemar gaya hidup luar telah tamat dengan jayanya untuk pasukan Art of Speed, dengan jumlah pengunjung seramai 30,000 pelawat.
Kejayaan acara ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan vendor-vendor, seperti Montanic Adventure Store, Anbot Store, CampGuru dan Eiger Adventure serta banyak lagi nama-nama terkenal yang sinonim dengan hobi dan aktiviti gaya hidup luar. Antaranya ialah Pahlawan Store, Outside Malaysia dan banyak lagi. Elemen kenderaan yang terdapat di acara ini juga menarik perhatian ramai peminat yang serasi dengan Art of Speed serta pengunjung yang hadir. Kenderaan-kenderaan ini yang bercirikan tema gaya hidup luar dibawa oleh TJM 4×4, Titan Suspension dan NoEqual & Kuzig.


Aktiviti yang terdapat di OTG 2024 termasuk:
Brew Festa
BBQ Showdown oleh MeatXpert Premium Butcher
Makers Jamboree & Pasor Dinda Ladies Market
Skimpool atau skimboarding pool, dan Surf Skate oleh La Rocka
Roller Disko
Strider Cup oleh @striderskidsmalaysia
Persembahan tradisional dan akustik
Meet-up perhimpunan van camper
Paparan motosikal, 4×4, 6×6 dan off-road
Pameran suspension off-road
Paparan khemah roof top
Pameran Mini RC Crawler
Pameran lampu lantera dan dapur besi vintaj
Kelas membuat pisau
Pameran zoo haiwan peliharaan dan tumbuhan eksotik
OTG Wet Park
Istana belon
Unik bagi OTG 2024 ialah Pertandingan Gerai Terbaik untuk kesemua vendor yang berada di acara ini. Pemenang untuk Gerai Terbaik adalah Montanic Adventure Store, dan pemenang untuk Paparan Terbaik adalah Eiger Adventure. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi percutian untuk SATU (1) orang ke FIELDSTYLE Jamboree 2024 di Nagoya, Jepun pada 18 dan 19 Mei 2024.


Gerai Terbaik
Montanic Adventure Store
Outside Malaysia
Fiskars
Paparan Terbaik
Eiger Adventure
Floor East
Pahlawan Store
Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, sila layari https://otg.artofspeedmy.com/ atau https://fb.me/e/6ajjttfzp