Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

AS Akan Iringi Kapal Tangki Melalui Selat Hormuz Jika Perlu - Trump
Donald Trump telah berikrar bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan insurans serta mengiringi kapal tangki minyak melintasi Selat Hormuz jika perlu, lapor portal news.com.au.
Sekurang-kurangnya 150 kapal kini berlabuh berhampiran selat strategik itu, yang menyalurkan 20 peratus bekalan minyak dan gas dunia berikutan ancaman Iran untuk menyerang mana-mana kapal yang cuba melintasinya.
“Kami akan membakar mana-mana kapal yang cuba melalui Selat Hormuz,” kata Jeneral Sardar Jabbari dari Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Selasa lalu.
Menjawab kenyataan itu, Trump menyatakan bahawa pasukan AS mungkin akan membantu kapal tangki yang terkandas.

“Jika perlu, Tentera Laut AS akan mengiringi kapal tangki melalui Selat Hormuz secepat mungkin
“Tidak kira apa sekalipun, AS akan memastikan aliran tenaga dunia bebas. Keupayaan ekonomi dan ketenteraan AS adalah yang terhebat di dunia dan lebih banyak tindakan akan menyusul," tulisnya di platform Truth Social.
Menurut portal news.com.au lagi, beliau turut mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan US Development Finance Corporation (DFC) menyediakan insurans risiko politik serta jaminan bagi semua perdagangan yang melalui Teluk Parsi
Ia berkuat kuasa serta-merta dan ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.
Iran kini dilaporkan cuba menahan satu per lima daripada bekalan minyak global selepas AS dan Israel memulakan serangan ke atas Republik Islam pada 28 Februari, yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi, Ali Khamenei.
Beberapa negara dijangka menghadapi kerugian lebih besar akibat penutupan laluan perkapalan ini, termasuk China, yang mengimport hampir separuh daripada minyaknya melalui selat berkenaan dan telah memohon agar kapal-kapalnya dilindungi.