Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Semua Di Hujung Jari, Wanita Kongsi Aplikasi KAFA Mudahkan Anak Belajar

Athirah
Aplikasi KAFA
Kredit: @fazelinasiti

Semua Di Hujung Jari, Wanita Kongsi Aplikasi KAFA Mudahkan Anak Belajar

Zaman persekolahan merupakan salah satu fasa paling penting dalam kehidupan seseorang.

Pada waktu inilah kita mula membina asas pengetahuan, kemahiran dan tabiat yang akan membentuk diri kita pada masa akan datang.

Mengulangkaji bukan sekadar membaca semula nota atau menghafal fakta, tetapi ia juga membantu pelajar memahami konsep dengan lebih mendalam.

Kadang-kadang ketika di kelas, kita hanya menulis nota atau mendengar guru mengajar tanpa benar-benar menyerap maklumat tersebut.

Selain itu, aktiviti mengulangkaji juga boleh dijadikan sebagai satu rutin santai tetapi berkesan.

Pelajar boleh mengubah cara mereka mengulangkaji dengan teknik yang menyeronokkan seperti membuat peta minda, bermain kuiz atau belajar secara berkumpulan.

Aplikasi NotaKAFA memudahkan murid belajar dengan lebih berkesan

Baru-baru ini, seorang individu telah meraih perhatian ramai apabila memperkenalkan aplikasi yang memudahkan dan menyeronokkan pelajar untuk belajar KAFA.

Menerusi hantaran @fazelinasiti di Threads, wanita itu memaklumkan bahawa aplikasi tersebut lengkap dengan silibus JAKIM 2.0, JAIS dan JAINJ.

Aplikasi ini menyediakan lima kategori utama iaitu KAFAJawi, KAFAQuiz, KAFAStory, KAFAMusic, dan KAFADeck."

Yang lebih menarik, ia turut membantu pelajar menghafal fakta-fakta KAFA menggunakan Teknik Mnemonik dan Pembelajaran Multi-Sensori.

NotaKAFA turut menggabungkan lagu yang 'catchy', audio penceritaan, kuiz serta permainan interaktif bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.

Boleh diakses menggunakan telefon pintar

Menerusi portal rasmi NotaKAFA, semua subjek KAFA bagi Tahun 1 hingga 5 boleh diakses dalam satu platform. Selain itu, pelajar boleh menggunakan aplikasi ini melalui telefon pintar, komputer riba atau tablet.

Aplikasi ini juga menawarkan aktiviti interaktif yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, sekaligus menggantikan video hiburan dengan pengalaman belajar yang menarik.

Antara kandungan dan modul yang disediakan oleh NotaKAFA ialah:

KAFADeck

  • FlashCard hafalan topik penting setiap subjek

KAFAMusic

  • Lebih 123 lagu "catchy" mengikut topik dan subjek

KafaSTORY

  • Terdapat 60 audio penceritaan Sirah yang menggunakan suara kanak-kanak.

KafaQuiz

  • Terdapat lebih 150 kuiz interaktif yang secara automatik menghantar markah ke WhatsApp ibu bapa.

KafaJawi

  • Permainan interaktif untuk menulis dan membaca Jawi, daripada tahap 1 hingga tahap 5.