Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selat Hormuz Ditutup, Indonesia Akan Import Minyak Dari AS

Athirah
Indonesia minyak
Kredit: CNBC Indonesia

Selat Hormuz Ditutup, Indonesia Akan Import Minyak Dari AS

Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia memaklumkan kerajaan Indonesia telah menyediakan langkah antisipatif susulan penutupan Selat Hormuz berikutan peningkatan konflik di Timur Tengah, lapor CNBC Indonesia.

Bahlil menjelaskan bahawa kira-kira 20.1 juta tong minyak sehari diangkut melalui Selat Hormuz.

Sebahagian minyak mentah yang diimport Indonesia dari Timur Tengah turut melalui laluan strategik berkenaan.

"Ini merupakan arahan Presiden Prabowo, dengan mengambil kira perkembangan semasa. Kini Selat Hormuz ditutup akibat perang antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran

"Keadaan ini memberi kesan kepada tenaga global,” katanya dalam sidang media, semalam.

Ambil alternatif berdasarkan senario terburuk

Beliau turut menjelaskan daripada keseluruhan import minyak mentah Indonesia, sekitar 20 hingga 25 peratus diperoleh daripada kawasan Timur Tengah melalui Selat Hormuz.

Manakala baki selebihnya dibekalkan oleh beberapa negara lain seperti Afrika, Amerika Syarikat, dan Brazil.

Sehubungan itu, bagi mengelak kekurangan bekalan, kerajaan Indonesia merancang untuk mengalihkan sebahagian import minyak mentah dari Timur Tengah ke Amerika Syarikat.

Difahamkan, tindakan berkenaan dilakukan supaya tidak terperangkap dengan dinamika pasaran global yang sedang berlangsung.

“Keadaan ini sukar diramalkan bila ia akan berakhir. Tidak boleh diramalkan, ia boleh menjadi cepat ataupun lambat

"Kami ambil alternatif berdasarkan senario terburuk, sebahagian minyak mentah dari Timur Tengah dialihkan ke Amerika bagi memastikan kepastian bekalan,” ujar Bahlil lagi seperti yang dilaporkan dalam CNBC Indonesia.