Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Bacaan Anda Sempurna," Ulama Besar Puji Ustazah Tahfiz Malaysia, Titip Pesanan Bermakna
Membaca Al-Quran dengan sempurna merupakan impian setiap umat Islam.
Ia bukan sekadar membaca ayat-ayat suci, tetapi membaca dengan penuh penghayatan, kefahaman, dan kesungguhan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Setiap huruf yang dilafazkan membawa makna dan keindahan tersendiri, sekaligus menjadi amalan ibadah yang berpahala.
Bagi mencapai bacaan yang sempurna, seseorang perlu menekankan aspek tajwid, iaitu ilmu tentang hukum-hukum melafazkan huruf dan ayat dengan cara yang betul.
Tajwid memastikan setiap bacaan tidak tersasar daripada cara yang ditetapkan Rasulullah SAW, sekaligus mengekalkan kesucian dan keaslian Al-Quran.
Tenaga pengajar daripada Maahad Tahfiz Al-Itqaan, Ustazah Radhiah Mohd Shafie menerima pujian daripada tokoh qiraat antarabangsa, Sheikh Dr Ayman Rushdi Suwayd selepas membacakan ayat Al-Quran dengan sempurna.
Menerusi video yang dikongsikan oleh mtitqaan di Instagram, bacaan Ustazah Radhiah itu diperdengarkan dalam program ‘Musabaqah As-Sufara’.

Difahamkan, platform ini dianjurkan untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang Al-Quran serta meningkatkan keyakinan mereka dalam memperdengarkan bacaan dengan tajwid dan tartil yang betul.
Di samping itu, ia juga bertujuan memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dan melahirkan generasi yang bukan sahaja mahir membaca, malah memahami keindahan ilmu tajwid.
"Setelah mendengar bacaan tersebut, Sheikh Dr. Ayman Rushdi Suwayd memberikan komen yang amat membanggakan
"Menurut beliau, bacaan yang diperdengarkan adalah sangat sempurna — daripada sudut makhraj huruf, sifat huruf serta sifat bagi setiap huruf secara berasingan
"Bahkan ketepatan bacaan juga terserlah pada sifat yang terhasil daripada penggabungan huruf, seperti idgham, ikhfa’, iqlab dan seumpamanya

"Selain itu, beliau turut memuji ketepatan tempoh ghunnah, pemanjangan mad serta kualiti waqaf dan ibtida’ yang sangat baik," ujar mtitqaan di ruangan kapsyen.
Sheikh Dr Ayman Rushdi Suwayd turut titip pesanan agar Ustazah Radhiah terus mengajar Al-Quran dan memberi manfaat kepada generasi muda di Malaysia.
“Alangkah baik jika anda mengajar Al-Quran. Mengajarlah. Ajarlah dan berilah manfaat kepada adik-adik muslimah anda di Malaysia," kata Sheikh Dr Ayman kepada Ustazah Radhiah.