Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Negeri Yang Tak Ambil Cuti Hari Nuzul Al-Quran Pada 7 Mac 2026

Athirah
Nuzul Al-Quran
Kredit: Bernama

Enam Negeri Yang Tak Ambil Cuti Hari Nuzul Al-Quran Pada 7 Mac 2026

Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadan yang mulia.

Terdiri daripada 30 juzuk, ia mengandungi pelbagai kisah, hukum, pensyariatan dan sebagainya yang menjadi panduan kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam umumnya amat digalakkan untuk membaca Al-Quran, sama ada secara bertadarus, bertalaqqi ataupun bersendiri. Setiap bacaan yang dibaca akan ada ganjarannya.

Di samping itu, pelbagai program seperti ceramah agama sering dianjurkan di seluruh negara untuk mengimbau kembali sejarah turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa tersebut kemudian menjadi titik permulaan penyebaran Islam ke seluruh pelosok dunia sehingga kini.

Hari Nuzul Al-Quran bagi tahun 2026 dijangka jatuh pada hari Sabtu

Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hujung minggu bagi kebanyakan negeri, timbul persoalan mengenai cuti ganti untuk penjawat awam dan pekerja sektor swasta.

Kebanyakan negeri di Malaysia menyambut Nuzul Al-Quran sebagai cuti kelepasan am, kecuali Johor, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Negeri-negeri lain yang terlibat termasuk Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, serta Kelantan dan Terengganu yang jatuh pada hujung minggu Jumaat dan Sabtu.