Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bom "Bunker Buster" AS
Gambar: AFP

AS Gugur 6 Bom “Bunker Buster” Di Fordo, Lancar 30 Peluru Berpandu Krus Di Natanz, Isfahan – Laporan

Hannah

AS Gugur 6 Bom “Bunker Buster” Di Fordo, Lancar 30 Peluru Berpandu Krus Di Natanz, Isfahan – Laporan

WASHINGTON, 22 Jun (Bernama-Anadolu) — Amerika Syarikat (AS) menggugurkan enam bom “bunker buster” ke atas kemudahan nuklear Fordo dan melancarkan puluhan serangan peluru berpandu krus dari kapal selam ke atas dua tapak lain dalam serangan menyasarkan program nuklear Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Fox News.

Menurut laporan itu, Presiden AS Donald Trump memperincikan serangan berkenaan kepada hos TV Sean Hannity, dengan berkata setiap bom bunker buster seberat 15 tan digugurkan dari pesawat pengebom “stealth” B-2 Amerika.

Secara keseluruhan, 30 peluru berpandu krus Tomahawk ditembak dari kapal selam AS ke atas kemudahan nuklear di Natanz dan Isfahan, menurut laporan itu lagi.

Trump mengesahkan serangan itu pada awal Sabtu dan berkata “muatan penuh” bom digugurkan ke atas tapak nuklear utama Iran di Fordo manakala serangan tambahan dilakukan ke atas kemudahan di Natanz dan Esfahan.

Beliau berkata semua pesawat pejuang AS telah keluar dari ruang udara Iran.

Kemudahan nuklear Fordo ialah tapak pengayaan uranium bawah tanah berhampiran Qom — kemudahan nuklear Iran yang paling dalam dan paling kukuh, direka untuk menahan serangan udara konvensional.

Iran sebelum ini memberi amaran keras kepada Trump supaya tidak campur tangan dalam konflik dengan Israel, sambil menyatakan bahawa penyertaan langsung AS dalam permusuhan itu akan membawa kepada “akibat yang tidak dapat dipulihkan.”

Trump berulang kali mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Tehran dan menegaskan bahawa AS tidak akan membenarkan Iran memperoleh senjata nuklear, sesuatu yang berulang kali dinafikan Iran bahawa ia berhasrat untuk memiliki.

Permusuhan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa tapak di seluruh Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, mendorong Tehran melancarkan serangan balas.

Menurut Kementerian Kesihatan Iran, serangan Israel itu mengorbankan 430 orang dan mencederakan lebih 3,500 yang lain.

BACA: Kenyataan Penuh Trump Susulan Serangan AS Ke Atas Iran

BACA: ‘Tiada Tanda Pencemaran’ Selepas Serangan AS Ke Atas Tapak Nuklear Utama – Iran

BACA: Trump Serang Iran Tanpa Kelulusan Kongres – Ahli Kongres AS

Sumber: BERNAMA