Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Audit AFC 'Londeh' Lima Lompong FAM

Iqbal Yasir
Audit AFC FAM
Kredit: Stadium Astro

Audit AFC 'Londeh' Lima Lompong FAM

Laporan audit yang dijalankan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selama empat bulan mendedahkan terdapat beberapa 'lompong' yang perlu diperbaiki, lapor Stadium Astro.

Menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), 'melondehkan' beberapa perkara yang perlu ditambah baik oleh badan induk bolasepak negara itu.

Audit AFC 'Londeh' FAM

"Pertama, badan induk bola sepak negara itu telah beroperasi di luar peraturan sendiri dan perkara itu telah berlaku selama lebih daripada satu dekad.

"Kedua, bajet tahunan tidak dibentangkan kepada kongres sejak 2016, satu pelanggaran statutori secara langsung.

"Ketiga, hierarki pembuatan keputusan tidak diluluskan secara rasmi oleh Exco.

"Keempat, tiada rangka kerja gaji, matriks gred, atau dasar imbuhan yang wujud.

"Kelima, tiada dasar kelulusan pembayaran sebarang jumlah diluluskan hanya oleh Setiausaha Agung FAM dan Bendahari sahaja," maklum kenyataan itu.