Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aung San Suu Kyi Ditahan & Talian Internet Terputus, Rampasan Kuasa Oleh Tentera Dikhuatiri Berlaku Di Myanmar

Sofea
Gambar Via CNN

Myanmar kini dipercayai di ambang rampasan kuasa setelah pemimpin tertinggi negara itu termasuk Aung San Suu Kyi telah ditangkap oleh pihak tentera awal pagi ini.

Agensi berita Reuters yang memetik jurucakap Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), Myo Nyunt, mengesahkan penahanan tersebut.

“Penasihat Negeri, Aung San Suu Kyi dan beberapa tokoh kanan lain ditahan di ibu negara (Naypyidaw).

“Tentera nampaknya menguasai ibu negara sekarang,” kata Myo Nyunt.

Menurut The New York Times, talian internet dan juga perkhidmatan telefon nampaknya mengalami gangguan di dua bandar utama di Myanmar.

Langkah-langkah itu dilakukan selepas beberapa hari berlakunya ketegangan di antara kerajaan awam dan tentera.

Pihak tentera mendakwa bahawa wujudnya penipuan dalam pilihan raya yang diadakan sebelum ini, lapor CNN.

NLD mengakui kemenangan mereka selepas pilihan raya pada November 2020.

Sumber: CNN, The New York Times