Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Awas, Amaran Ribut Petir Dijangka Membadai 9 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Gambar Hiasan via Kalinga TV

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sembilan negeri di Malaysia sehingga jam 10 malam ini.

Menurut kemaskini MetMalaysia, negeri-negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Antara kawasan yang dijangka dibadai amaran ribut petir adalah seperti berikut:

Perlis

Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling)

Perak (Hulu Perak)

Kelantan (Jeli)

Terengganu (Marang dan Dungun)

Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin)

Melaka

Johor (Tangkak)

Sarawak: Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang)

Orang ramai terutamanya di kawasan terlibat dinasihati untuk lebih berwaspada.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia