Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Awas, Hujan Lebat Di 10 Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga 7 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu dikeluarkan di seluruh negeri Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Hujan turut melibatkan kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.
Manakala di Kelantan pula membabitkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.