Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Awas, Hujan Lebat Dijangka Melanda Beberapa Negeri Sehingga Esok

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka di beberapa negeri, sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis; Kedah; Pulau Pinang; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Kenyataan itu turut memberitahu hujan lebat dijangka di Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman); serta Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), bermula esok hingga Sabtu ini (5 Dis).

— BERNAMA