Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 9 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 5:20 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 9 malam ini:
Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Selangor: (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Sarawak: Kapit (Belaga) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh)
Sabah: Pantai Barat (Papar dan Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan)
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya mereka yang berada di kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.